Posts

Showing posts from September, 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran :)

Bismillahirahmanirrahim Terima sms daripada kakak.. " Sannah Helwah.. Moga dirimu sentiasa dalam keberkata dari-Nya. Moga dengan pertambahan umur ini bertambah jualah amalmu. bertambah jualah taqwamu. bertambah kuat ibadahmu. bertambah kuat dakwah dan tarbiahmu. Ingat wahai adikku Sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dari Nya. Akan ditanya di kemudian hari. Bersedialah ke arah itu. " Sungguh jarang mendapat ucapan hari lahir seperti ini. Bukankah ini yang lebih utama? Nasihat dan doa agar diri ini sentiasa ingat hidup ini sudah tidak lama lagi. Trimas semua sebab mendoakan saya.. ^^

Tanda Cinta

Bismillahirahmanirrahim Apabila bercinta punya tanda. Selalu ingin menyebut dan mengingat. Andai cinta Allah pasti setiap detik menyebut namanya. Kala tidur dan jaga. Apabila bercinta punya tanda. Selalu ingin berkomunikasi. Andai cinta Allah pasti selalu ingin solat dan baca Quran. Cintakan makhluk. Selalu berkeinginan untuk bercerita tentangnya. Tapi cinta Allah perlu mendahului. Cintakan makhluk. Selalu berkeinginan untuk telefon atau mesej atau bertemu dengannya. Inilah perkara yang paling hati bentakkan. Tapi cinta Allah perlu mendahului. Bukankah segala keinginan adalah nafsu? Semoga Allah kurniakan kita cinta. Semoga Allah kurniakan kita hidayahNya. Amin.

Andai Allah matlamat kita mengapa harus berpecah 2

Bismillahirahmanirrahim.. Andai Allah matlamat kita mengapa harus berpecah? Berlainan parti politik? Tak apa kita cari persamaan lain.. Banyak lagi persamaan yang boleh kita cari. Yang penting kita cari jalan untuk menyelesaikan masalah umat. Berlainan pendapat? Tak apa.. Berilah segala pendapat mu. Aku terima. Kerana pendapat tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Yang penting kita dapat kongsi ilmu kerana Allah.