Posts

Kembali

Assalamualaikum warganet. Tiba-tiba aku terjumpa kembali blog lama ku. Kali terakhir posting ku adalah pada tahun 2013. Pasti warganet tak kisah apa jadi denganku kan? Yalah, siapalah aku? hanya salah seorang warganet daripada berjuta2 warganet lain. Tiber touching! By the way, apa khabar warganet semua? Harap nya sihat2 saja. Bila terjumpa dan baca entry2 blog ku ni, aku terfikir, apa agak nya warganet buat sekarang ya? Bagaimana warganet pada 2013 dulu? I can say i find my old self here, in my blog. Rasa tidak asing tetapi aku kadangkala rindu dengan aku yang dulu. My new me, i'm sure you are curious right? Haha I assure you i mature enough to take care of myself. Terima kasih warganet, sebab doa warganet untuk aku, aku dah jadi seorang doktor. ALhamdulillah juga berkat doa warganet, aku dapat belajar dekat Universiti Al-Azhar. Aku harap warganet dapat gapai cita-cita jugak. Jangan berhenti doakan kebaikan untuk aku ya. Paling penting sekarang, mohon warganet doakan aku da

Ibu ayah dengarlah kami

Assalamualaikum Bismillahirahmanirrahim Sedar atau tidak para ibu dan bapa. Anak mu sudah mencuba untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Sedarkah kamu? Apakah kamu pernah memahami dia. Yang sebenar nya dia juga cepat melenting seperti mu. Tapi kenapa kau tidak boleh bersabar.  Apakah kau tidak mengerti darah muda yang cepat membara. Ibu ayah kami selalu berdoa agar kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu ayah kami selalu pergi mengaji menuntut ilmu supaya kami dapat menjadi anak yang soleh dan solehah. Kami buat begini kerana kami berazam menjadi anak yang soleh dan solehah. Kerna hanya doa anak soleh dan solehah yang dapat sampai padamu di dalam kubur nanti. Kerna hanya ini yang kami dapat lakukan untuk membalas jasamu yang telah berkorban menjaga dan mendidik kami dari kecil. اللهم اغفرلنا ذنوبنا و لولدينا ورحمهما كما ربينا صغيرا .

Menjadi diri sendiri

Assalamualaikum Bismillahirahmanirrahim Ramai orang suruh aku untuk menjadi diri sendiri. Aku sedar aku punya banyak karakter. Sekejap aku jadi begini. Kemudian menjadi yang lain. Rimas. Aku nak jadi diri sendiri!! Siapa aku sebenarnya? Apakah "diri sendiri" ini adalah karakter yang ku bentuk sendiri atas kehendak diri sendiri atau kehendak yang lain? Apakah "diri sendiri" ini terbentuk atau dibentuk? Aku yang menjadi diri sendiri : Mesra. Suka tersenyum. Suka membantu orang lain. Suka cerita pasal orang lain. Tak suka orang lebih daripada aku. Bla bla bla. Thumbs up? Nope! My friends love to hate me.  My friends love to say bad about me. Then , what is the purposes to be like myself or yourself if people still say bad about me or you? Is it your fault or your friends fault? For sure it MY/YOUR fault! Why? Because my self is bad! Buat apa menjadi diri sendiri tapi buat orang tak senang hati dengan kejahatan kita? Yang paling penting sekali. Buat apa menja

Selamat Ulang Tahun Kelahiran :)

Bismillahirahmanirrahim Terima sms daripada kakak.. " Sannah Helwah.. Moga dirimu sentiasa dalam keberkata dari-Nya. Moga dengan pertambahan umur ini bertambah jualah amalmu. bertambah jualah taqwamu. bertambah kuat ibadahmu. bertambah kuat dakwah dan tarbiahmu. Ingat wahai adikku Sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dari Nya. Akan ditanya di kemudian hari. Bersedialah ke arah itu. " Sungguh jarang mendapat ucapan hari lahir seperti ini. Bukankah ini yang lebih utama? Nasihat dan doa agar diri ini sentiasa ingat hidup ini sudah tidak lama lagi. Trimas semua sebab mendoakan saya.. ^^

Tanda Cinta

Bismillahirahmanirrahim Apabila bercinta punya tanda. Selalu ingin menyebut dan mengingat. Andai cinta Allah pasti setiap detik menyebut namanya. Kala tidur dan jaga. Apabila bercinta punya tanda. Selalu ingin berkomunikasi. Andai cinta Allah pasti selalu ingin solat dan baca Quran. Cintakan makhluk. Selalu berkeinginan untuk bercerita tentangnya. Tapi cinta Allah perlu mendahului. Cintakan makhluk. Selalu berkeinginan untuk telefon atau mesej atau bertemu dengannya. Inilah perkara yang paling hati bentakkan. Tapi cinta Allah perlu mendahului. Bukankah segala keinginan adalah nafsu? Semoga Allah kurniakan kita cinta. Semoga Allah kurniakan kita hidayahNya. Amin.

Andai Allah matlamat kita mengapa harus berpecah 2

Bismillahirahmanirrahim.. Andai Allah matlamat kita mengapa harus berpecah? Berlainan parti politik? Tak apa kita cari persamaan lain.. Banyak lagi persamaan yang boleh kita cari. Yang penting kita cari jalan untuk menyelesaikan masalah umat. Berlainan pendapat? Tak apa.. Berilah segala pendapat mu. Aku terima. Kerana pendapat tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Yang penting kita dapat kongsi ilmu kerana Allah.

Andai Allah matlamat kita mengapa haru berpecah

Andai Allah matlamat kita mengapa harus berpecah? Umat Islam perlu bersatu kerana Allah. Umat Islam perlu saling melengkapi. Bukankah Allah menciptakan berpasang-pasangan agar saling melengkapi? Yang kaya melengkapkan yang miskin Yang senang membantu yang susah Yang muda membantu yang tua