Posts

Showing posts from January, 2012

Song for mom!

Image
Please hear mom!

Wahai lelaki bersabarlah..

    Lelaki adalah seseorang yang dipandang tinggi oleh seorang perempuan. Samada sebagai Amir (ketua), ayah, suami dan sebagainya..  Firman Allah Taala   "Lelaki adalah pemimpin kepada wanita."     Hal ini jelas menunjukkan tanggungjawab lelaki dalam memimpin wanita. Tidak semestinya wanita itu adalah isterimu. Semua wanita adalah tanggungjawab mu. Bukan itu saja. Tanggungjawab lelaki ini amat besar. Tanggungjawab dalam keluarga, pekerjaan, masyarakat, negara , ibu bapa dan yang paling penting tanggungjawab kepada Allah sebagai seorang hamba.    Berat! Sungguh berat.. Setiap langkahmu harus diperhatikan. Andai tersilah langkah hidup mu akan hancur di dunia dan akhirat. Mahukah kau menjejakkan kakimu di neraka Allah?? Maka, berhati-hatilah dalam menunaikan amanah. Allah telah mengurniakan mu 9 akal bagi kau memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik semasa melaksanakan tugasmu. Jadi mengapa kau masih lagi berasa was-was dengan kelebihan yang kau miliki? Gunakanlah ia se
Bismillahirahmanirahim... Tanggal 1 Januari 2012 , maka masuklah aku ke tingkatan 5 secara automatik walaupun sekolah masih tak buka. Dengan semangat yang menyala pelbagai rancangan yang telah aku pahat dalam minda aku. Selain memastikan diri sentiasa bersemangat menuntut ilmu, aku juga ingin menyediakan sebuah diary bagi mencatat kenangan di tahun akhir ini. Bila difikirkan sedih memang sedih.. Siapa tak sedih bila dapat tahu kita akan berpisah dengan kawan-kawan kita, guru-guru kita dan ramai lagi. Tapi, bagi aku apa barang nak sedih-sedih.. Kalau nak layan perasaan sedih, sampai bila-bila pon hidup kita tidak akan berubah.. Jadi, aku ambil keputusan untuk menempuh hidup ini dengan gembira dan bersemangat di samping mengutip memori-memori yang telah dicipta.    Walaupun aku baru masuk sekolah tu tahun lepas, tapi aku dah dapat sesuaikan diri untuk tahun ni. Agak terkilan lah bila aku sedar yang sebenarnya aku dah lambat untuk menikmati kehidupan di asrama.. Kehidupan aku di sana t