Bismillahirahmanirahim...
Tanggal 1 Januari 2012 , maka masuklah aku ke tingkatan 5 secara automatik walaupun sekolah masih tak buka. Dengan semangat yang menyala pelbagai rancangan yang telah aku pahat dalam minda aku. Selain memastikan diri sentiasa bersemangat menuntut ilmu, aku juga ingin menyediakan sebuah diary bagi mencatat kenangan di tahun akhir ini. Bila difikirkan sedih memang sedih.. Siapa tak sedih bila dapat tahu kita akan berpisah dengan kawan-kawan kita, guru-guru kita dan ramai lagi. Tapi, bagi aku apa barang nak sedih-sedih.. Kalau nak layan perasaan sedih, sampai bila-bila pon hidup kita tidak akan berubah.. Jadi, aku ambil keputusan untuk menempuh hidup ini dengan gembira dan bersemangat di samping mengutip memori-memori yang telah dicipta.
Walaupun aku baru masuk sekolah tu tahun lepas, tapi aku dah dapat sesuaikan diri untuk tahun ni. Agak terkilan lah bila aku sedar yang sebenarnya aku dah lambat untuk menikmati kehidupan di asrama.. Kehidupan aku di sana tahun lepas agak terumbang-ambing dan kelam kabut. Maklumlah remaja yang baru hendak mencari identiti sendiri. Pelbagai pe'el yang dilakukan. (Buat malu sendiri je).. Banyak hikmah bila aku belajar duduk di asrama. Selain dapat mencari identiti sendiri, aku dapat belajar betapa peri pentingnya seorang sahabat. Peranan dan pengaruhnya cukup besar bagi seseorang individu.. Di samping itu, aku juga telah mengerti apa yang dimaksudkan dengan amanah dan tanggungjawab. Titik tolak daripada itu, aku telah cuba menjadi seorang anak , rakan , muslimah yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.
Penyiaran cerita 3 Idiot pada cuti lepas telah membuatkan aku sedar tentang banyak perkara setelah menontonnya sebanyak 3 kali! Cerita tu banyak mengubah cara pemikiran aku tentang ilmu. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku telah membuka minda untuk belajar dengan baik. Kunci untuk mencintai ilmu ialah dengan berasa seronok semasa menuntut ilmu. (pada pandangan aku la ~~)

Comments
Post a Comment