Wahai lelaki bersabarlah..

    Lelaki adalah seseorang yang dipandang tinggi oleh seorang perempuan. Samada sebagai Amir (ketua), ayah, suami dan sebagainya..

 Firman Allah Taala
  "Lelaki adalah pemimpin kepada wanita."

    Hal ini jelas menunjukkan tanggungjawab lelaki dalam memimpin wanita. Tidak semestinya wanita itu adalah isterimu. Semua wanita adalah tanggungjawab mu. Bukan itu saja. Tanggungjawab lelaki ini amat besar. Tanggungjawab dalam keluarga, pekerjaan, masyarakat, negara , ibu bapa dan yang paling penting tanggungjawab kepada Allah sebagai seorang hamba.

   Berat! Sungguh berat.. Setiap langkahmu harus diperhatikan. Andai tersilah langkah hidup mu akan hancur di dunia dan akhirat. Mahukah kau menjejakkan kakimu di neraka Allah?? Maka, berhati-hatilah dalam menunaikan amanah. Allah telah mengurniakan mu 9 akal bagi kau memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik semasa melaksanakan tugasmu. Jadi mengapa kau masih lagi berasa was-was dengan kelebihan yang kau miliki? Gunakanlah ia sebaik-baiknya.
 
   Andai emosi mengatasi akalmu.. Maka kembalilah pada Allah. Mintalah ketenangan daripadaNya. Ingatlah padaNya. Sesunguhnya dengan mengingatiNya hati mu akan tenang.. Ini janji Allah. Jangan kau berasa ragu-ragu tentangnya. Andai kau sudah buntu mencari penyelesaian.. Mintalah juga padaNya. Yakinlah Allah akan membantumu. Allah sentiasa berada di sisi mu. Ingat! Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Ingat jua Allah tidak akan mengujimu andai kau tidak mampu. Jadi yakinlah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian..

   Wahai lelaki, jangan tunjukkan kelemahanmu. Kau harus kuat di sisi wanita-wanita disekelilingmu agar mereka tidak berasa resah. Gembirakanlah mereka. Sayangilah mereka. Sesungguhnya mereka juga menyayangi mu. Mereka akan sedih andai melihatmu jatuh. Mereka tidak kuat untuk memimpin mu. Mereka juga mungkin akan jatuh bersama kamu..

  Kuatlah wahai lelaki. Menelusuri medan jihad ini. Niatkanlah semua yang kau lakukan kerana Allah agar kau sentiasa bersemangat! Allahuakbar!

Comments

Popular posts from this blog

Asas kehidupan

Kembali ke Sekolah

Sejuk hati~