Cinta
rahmat Allah sentiasa ada bersama kita. Terpulang kepada kita untuk menyambutnya atau tidak.. Andai kita bisa menyambut huluran sayang manusia kenapa tidak Allah yang tidak pernah lupa kepada kita. Yang sudah pastinya setiap kali apabila Allah menabur janji Dia akan tepati.. Manusia? belum tentu lagi. Boleh jadi janji hanya tinggal janji. Bagaimana pula janji kita dengan Allah? Tatkala kita menabur janji untuk taat kepadaNya, Dia pasti menerimanya. Dia sungguh yakin hambaNya sudah kembali padaNya. Tetapi kita sering mencabuli janji kita sendiri dengan perkara yang dibenciNya. Apabila kita berjanji dengan manusia pasti dengan sedaya upaya kita akan merealisasikannya.. Walauapapun yang berlaku kerana tidak sanggup melukai kekasih kita. Lebih dahsyat lagi apabila kita sanggup melanggar larangan Allah dan janji setia telah kita ucapkan semata-mata menunaikan janji kepada kekasih kita. Malangnya kita.. Mengapa kita tidak boleh lakukan yang serupa kepada Allah? Biarlah kita melanggar janji d...