Cinta
rahmat Allah sentiasa ada bersama kita. Terpulang kepada kita untuk menyambutnya atau tidak.. Andai kita bisa menyambut huluran sayang manusia kenapa tidak Allah yang tidak pernah lupa kepada kita. Yang sudah pastinya setiap kali apabila Allah menabur janji Dia akan tepati.. Manusia? belum tentu lagi. Boleh jadi janji hanya tinggal janji. Bagaimana pula janji kita dengan Allah? Tatkala kita menabur janji untuk taat kepadaNya, Dia pasti menerimanya. Dia sungguh yakin hambaNya sudah kembali padaNya. Tetapi kita sering mencabuli janji kita sendiri dengan perkara yang dibenciNya. Apabila kita berjanji dengan manusia pasti dengan sedaya upaya kita akan merealisasikannya.. Walauapapun yang berlaku kerana tidak sanggup melukai kekasih kita. Lebih dahsyat lagi apabila kita sanggup melanggar larangan Allah dan janji setia telah kita ucapkan semata-mata menunaikan janji kepada kekasih kita. Malangnya kita.. Mengapa kita tidak boleh lakukan yang serupa kepada Allah? Biarlah kita melanggar janji dunia semata-mata merealisasikan janji kita kepada Allah.. Mengapa harus takut kehilangan cinta kekasih kita? Sedangkan cinta yang abadi hanya milik Pemilik Cinta yang sebenar? Andai benar kekasih itu mencintai mu, pasti dia memahami pengorbanan yang telah kamu lakukan. Sudah pasti dia benar-benar mencintaimu. Cintanya pasti tulus kerana cintanya berlandaskan cinta kepada Allah. Yang pasti cinta inilah yang akan membawamu kepad firdausiNya.
HILAL ASYRAF dalam karyanya :
"sekiranya benar cinta , mesti kita mahu bersama hingga ke syurga . Apa-apa yang membawa ke neraka , itu bukan cinta namanya"
Iniliah coretan ku untuk peringatan kita bersama. Sama-samalah kita berusaha untuk mencintaiNya. Sampai bila kita perlu hanyut dan mendamba cinta dunia?
sambunglah bacaan anda mengenai cinta di laman ini...:)
Bismillahirahmanirahim
http://permatainn.blogspot.com/2011/03/cinta.html