Cuti Sekolah Akhir Tahun..



Assalamualaikum!!
wahh,, hari ni aku dah mula cuti sekolah untuk akhir tahun... (yihuu!!)
Tak sangka beb dah akhir tahun dah.. Ini bermakna kehidupan aku sebagai pelajar Tingkatan 4 di Sekolah K telah tamat... Tapi tak bermakna aku tak perlu belajar... Peperiksaan akhir tahun??? huhhh... Tak tahulah.. Tak banyak pon dapat A.. Lebih-lebih lagi pelajaran sains... Really need to improve it.. If not,, i'm sure i cannot be a doctor.. (oh no!!)




Sambung balik yang tadi... Pagi tadi.. Mak dan abah datang awal gila kot ke sekolah.. Aku pon apa lagi,, ajaklah diorang balik asrama untuk masukkan beg aku... Banyak kot barang aku... Abah tak nak tolong langsung!! ( abah... berat!! T_T)  Huh... akhirnya setelah 30 minit.. Selesai juga aku angkat barang-barang aku... (huh.. peluh) Lepas settle semua perkara aku pon minta izin dekat kawan-kawan aku nak balik.. Perghh.. Sayu beb hati aku.. Lebih-lebih lagi bila aku salam member 'baik' aku... (dia mengaku ke aku kawan dia?? perasan!) Aku takut sebenarnya.. Aku takut kalau-kalau aku tak dapat jumpa diorang lagi tahun depan.. ye la.. Siapa tahu ajal maut kita selain Allah.. By the way,, I really hope we can unite again next year with new spirit to achieve our goal in SPM... InsyaAllah..  Ya Allah,, please protect them.. Meet us next year with love.

Dan dengan pengiktirafan cuti sekolah akhir tahun ini,, maka dengan rasmi nya aku pasti tidak akan bersenang-lenang di rumah... InsyaAllah cuti sekolah ini aku ku manfaatkan sepenuh nya dengan aktiviti yang berfaedah.. Walau apapun.. aku merancang.. Allah juga merancang dan sudah pasti perancangan Allah itu lebih baik... InsyaAllah aku akan cuba apa yang terdaya...

Aktiviti cuti sekolah akhir tahun :-
1. Tusyen Matematik Tambahan
2. Ulangkaji pelajaran tingkatan 4
3. Latihan bowling
4. Majalah sekolah
5. Reunion
6. Kemas almari baju



# Ya Allah permudahkanlah urusanku.. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

Ibu ayah dengarlah kami

سباحة

Sejuk hati~