Minuman Kegemaran Rasulullah..

Minuman kesukaan Baginda ialah madu yang dicampurkan dengan air sejuk. Rasanya! Sedap.. Bukan tu aje.. Minuman ini juga mempunyai banyak khasiatnya... Nak tahu?? Bacalah ye...





1. HILANGKAN KAHAK
    Jadi, bila kita batuk. Minum je lah campuran madu dan air. InsyaAllah sihat.. Dapat jimatkan duit beli ubat               batuk! (^_^)

2. CUCI PERUT 
    Boleh mencuci perut kita dari sesuatu yang tidak elok.. Jadi, amat sesuai diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur.. Jadi, perut kita akan bersih! NO MORE STOMACH ACHE! hehe

3. BUANG SISA MAKANAN
    Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya terus ke usus besar kita.

4. SENAK PERUT
    Apabila mengalami senak perut mahupun sedu, madu juga boleh dijadikan penawarnya. InsyaAllah, sedu dan juga senak perut akan hilang. Mungkin pemain bola boleh menggunakan madu campuran air ini semasa dalam perlawanan.. (^^)

5. BAIKI ORGAN BADAN
    Tak sangka! Begitu hebat khasiat madu.. Madu boleh memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati kita.. Jadi,, untuk mendapatkan organ yang sihat.. minumlah campuran madu dan air ini!!!

Hebatkan khasiat madu... SubhanAllah... Ingat! Setiap penyakit pasti ada ubat kecuali mati.. Walaupepon, Allah juga yang menyembuhnya.. Tapi, tak bermakna Allah yang menyembuhkan penyakit, kita tak payah makan ubat.. Makan ubat adalah usaha.. Kalau tak usaha, macam mana Allah nak sembuhkan? Ingat, jika kita telah makan ubat dan Allah masih tidak menyembuhkan kita, ini bermakna Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kecil kita.. Jadi..BERSABARLAH.. Teruskan makan ubat.. Allah telah berfirman :

  " Hai orang-orang beriman. makanlah oleh kamu dari (sesuatu) yang baik yang telah kami anugerahkan padamu." (al-Baqarah:172)

Mencegah lebih baik daripada merawat.. Jadi sebelum diserang pelbagai penyakit.. Eloklah kita menyahut seruan Allah... Makanlah makanan yang baik.. Yang halal dan toyyibah..
Selamat menjamu selera!!

Comments

Popular posts from this blog

Asas kehidupan

Kembali ke Sekolah

Sejuk hati~