Rumah Ini Rumah Kita


Banyak kali dah dengar lagu ni di televisyen. Pertama kali dengar lagu ni tak ada apa pun.. Ia hanya sebuah lagu. Tiada apa yang menarik.. (na na na na na na)
Tapi hari ini! 


Allah telah membuka mata saya untuk memahami sesuatu dalam lagu tersebut..(Alhamdulillah) YA! Adakah kamu perasan? MENARIK!
TIDAK?! Meh sini, saya beritahu.. (Hihihihi)

Lagu ini sebenarnya memberitahu kita yakni rakyat Malaysia tentang rumah kita yang paling berharga iaitu negara Malaysia. Kita adalah tuan rumah ini, bukan tetamu. Cuba fahamkan lirik lagu ini.

Lirik Lagu Rumah Kita -ND Lala



Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Rangkap ini menyatakan supaya kita perlu mencari kekuatan supaya perpaduan dapat dieratkan. Kita juga perlu hindari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain supaya perpecahan  dan tidak mencari kelemahan antara kita supaya perpecahan tidak terjadi.

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rangkap ni pula bercakap tentang negara kita. Jika benar, kita mesti lah duduk lebih tinggi daripada orang yang datang ke negara kita.

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...


Dalam rangkap ini sekali lagi kita dinasihatkan supaya menjaga perpaduan. Antara kita sesama rakyat Malaysia jangan ada salah faham.
Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...


Negara ini negara kita. Oleh itu, kitalah penjaganya.  Masalah yang timbul biarlah kita juga yang selesaikan. Masuk campur orang luar pun mestilah dipantau agar negara kita tidak terancam.

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...


Benar, ini negara kita. Terimalah kelebihannya. 

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.


Buat baik berpada-pada. Tetapi jangan pula berkelakuan melampau.

=========> Ini hanyalah pandangan mata saya. Mungkin pelbagai lagi maksud yang tersirat dalam lagu ini. 
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah menyayangi tanah tumpah darah kita dan menjaganya dengan baik. Paling penting. JAGA MARUAH NEGARA. Berbakti pada negara supaya negara ini maju dan mencapai Wawasan 2020. InsyaAllah.. Kita juga sebagai rakyat negara ini perlu duduk lebih tinggi daripada pendatang asing. Cuba fikirkan, pendatang asing yang datang bekerja disini dapat menaikkan taraf hidup mereka. Tetapi kita? Nampak seperti kita pula yang menjadi pendatang kerana hidup merempat dan tidak tentu hala. Kita rakyat Malaysia. Kita punya semua yang ada dalam negara ini. Tanah itu kita punya. Emas itu kita punya. Kebun getah dan kelapa sawit tu kita punya. Pekerjaan yang dalam negara pun kita punya! Duit itu kita punya. Segalanya kita punya. Tapi kenapa kita biarkan ia diambil oleh orang lain?


Wahai  remaja. Saya menyeru kepada anda semua supaya belajarlah rajin-rajin. Anda adalah pemimpin masa hadapan. Andalah yang membawa Malaysia menuju ke puncak dunia. Andalah permata negara. Jangan malukan negara dengan sikap yang tidak bertamadun. Bawalah dan tunjukkanlah imej Malaysia yang baik yang penuh dengan adab dan tatasusila kepada dunia. Tuluskan hati. Fikir-fikirkan dan selamat beramal! (^_^) Allahualam

Comments

Popular posts from this blog

Asas kehidupan

Kembali ke Sekolah

Sejuk hati~