Lelaki adalah seseorang yang dipandang tinggi oleh seorang perempuan. Samada sebagai Amir (ketua), ayah, suami dan sebagainya.. Firman Allah Taala "Lelaki adalah pemimpin kepada wanita." Hal ini jelas menunjukkan tanggungjawab lelaki dalam memimpin wanita. Tidak semestinya wanita itu adalah isterimu. Semua wanita adalah tanggungjawab mu. Bukan itu saja. Tanggungjawab lelaki ini amat besar. Tanggungjawab dalam keluarga, pekerjaan, masyarakat, negara , ibu bapa dan yang paling penting tanggungjawab kepada Allah sebagai seorang hamba. Berat! Sungguh berat.. Setiap langkahmu harus diperhatikan. Andai tersilah langkah hidup mu akan hancur di dunia dan akhirat. Mahukah kau menjejakkan kakimu di neraka Allah?? Maka, berhati-hatilah dalam menunaikan amanah. Allah telah mengurniakan mu 9 akal bagi kau memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik semasa melaksanakan tugasmu. Jadi mengapa kau masih lagi berasa was-was dengan kelebihan yang...