Mereka Kawan Aku!!

'Assalamualaikum w.b.t.. Selepas ni kita akan solat hajat. Kita doakan sekolah kita selamat. Doakan 5 orang kawan kita yang ada dekat penjara sekarang. Saya tak nak dengar lagi ada orang duduk dekat asrama waktu maghrib isyak. Semua orang mesti ada dalam masjid.' Penjara? Kenapa penjara? Apa kesnya sampai bawa budak-budak tu ke penjara? Sehari sebelum tu budak kelas aku kena panggil dengan cikgu.. Aku pelik tapi dapat agak.. Mesti kena sidang kes.. Tapi sebab apa??
Lama jugak la dia tak masuk kelas.. Risau la jugak.. Exam dah dekat kot.. Lagipon kan cikgu Hajar suruh kitorang jaga budak lelaki kelas kitorang.... Tak lama lepas tu aku nampak beberapa orang lagi dengan dia pergi ke tandas.. Semua muka tegang.. Tapi still aku tak tahu apa ceritanya..
Rasa sunyi lepad budak kelas aku kena panggil.. Sesekali dia masuk jugak kelas... Memang meriah.. Tapi nak buat macam mana. Kes tak selesai lagi,, macam mana nak masuk kelas...
Esoknya, barulah aku tahu apa ceritanya.. Rupanya diorang ni belasah budak Form 3.. sebabnya budak ni rembat barang diorang dan budak Form 5 lain.. Dan malam tu sebelum solat Hajat, cikgu cakap diorang kat penjara. Woo... Risau kot. kebanyakan Form 5 memang risau.. Tak kurang juga ada yang menangis.. Mana tak nya, budak form sendiri kot..
Hari Jumaat.. Budak kelas aku tu, masuk kelas.. Itupun waktu pagi je. Waktu BI dia kena panggil... Sedih sangat bila dia melangkah keluar.. Muka dia terus tegang. Pelik. Masa belajar dia la yang buat lawak. Buat kami gelak.. Tapi bila dia kena panggil kenapa kami tak boleh buat dia gembira?? Perasaan risau aku tak luput walaupun dah balik rumah... Aku mesej Rahimi.. huhu... Sedih... Hati rasa bungkam.. Dia digantung selama 2 minggu. Ayahnya kena buat rayuan kalau nak dia stay di sekolah tu.. Kalau tak pindah la jawabnya.. Aku merayu kat dia jangan pindah... Stay kat situ.. Sebab pejuangan kami tak selesai lagi... Tapi segalanya di tangan Tuhan kan... Aku dan dia tak tahu apa akan jadi selepas ni. mungkin dia akan pergi jauh daripada aku dan kami takkan jumpa lagi... Aku rasa kesal sebab tak dapat jaga diorang betul-betul..
Aku harap diorang dapat belajar dengan apa yang dah berlaku.. Aku nak sangat diorang berjaya.. Berjaya bersama-sama kami....

Moga-moga Allah kurniakan pelangi buat kami.. InsyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

Asas kehidupan

Kembali ke Sekolah

Sejuk hati~