Posts

Showing posts from January, 2013

Asas kehidupan

Assalamualaikum sahabat-sahabat. Ingat tak lagi waktu zaman muda-muda dulu? Kita telah dididik dengan baik sekali oleh ibu bapa kita. Yang paling kerap mereka tekankan ialah tentang hormat-menghormati. Ingat tak? Waktu sedara datang rumah, diorang approach kita mak kita pon suruh "Amin dik, amin." Yang bermaksud bersalaman. Ingat lagi tak mak kita selalu pesan; Bila jalan depan orang kena tunduk. Jangan menyampuk masa orang tua tengah bercakap. Dan bermacam-macam lagi. Tapi kenapa dah jarang kita amalkan ek? Hormat-menghormati tu penting. Apatah lagi dihadapan kita itu adalah guru kita. Hormat tu bukan seperti yang aku nyatakan kat atas tu je. Banyak benda lagi. Tapi mungkin kita tak perasan kot sebab hati kita ni dah BONGKAK  sangat sampai semua orang dihadapan kita dipandang rendah dan tidak layak untuk dihormati. Teruskan dengan sikap anda begitu. Anda pasti akan kehilangan banyak sangat nikmat kat dunia ni. Siapa yang nak berkawan dengan anda? Jangan marah andai ada kawa...

Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum. Apa khabar ya semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Al-maklumlah hari ni kan hari pertama sekolah kenalah datang dengan penuh semangat di dada kan. Kalau semangat penuh di dada tapi tak sihat macam mana nak belajar? Gerenti tak boleh fokus. Rugi je. Sebab tu kena jaga kesihatan. Teringat satu hadis Rasulullah s.a.w :  "Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG." (Riwayat Bukhari) Jadi kita sebagai seorang muslim mestilah peka dengan hadis ini dan mula lakukan perubahan. Sedar ataupun tidak dua perkara ini memang selalu kita abaikan. Cuba kita tenung balik. Apa yang selalu kita buat waktu kita sihat dan waktu kita ada masa lapang. Bersenam. Baca buku. Tengok tv. Tolong mak ayah. Ulang kaji. Menjalinkan silaturahim dengan FB-ing dan twittering. Travelling. Sertai PLKN. Dan banyak lagi aktiviti berfaedah dan tidak berfaedah yang kita lakukan. Tapi. Sejauh mana aktiviti-aktiviti ini menambat hati Allah dengan ke...

Selamat Tahun Baru...

Assalamualaikum.. Mesti dah banyak sangat post tentang Tahun Baru untuk 2013 ni kan.. Tak mustahillah kan. Sebab tahun baru , jadi semuanya perlulah baru.. Post baru, rumah baru, perabot baru, baju baru.. Eh? Ye ke? Perlu ke semua ni? Boleh je kalau anda mampu selagi tak berlebihan.. Perabot-perabot, baju-baju yang dah tak nak guna tu apa kata sedekah dekat orang.. Dekat masjid ke.. Untung-untung dapat pahala. InsyaAllah. Yang penting hati kena IKHLAS. Jadi, bercakap tentang tahun baru ni.. Perkara paling femes diperkatakan dan perlu juga dititik beratkan ialah tentang...... AZAM! Ya, azam. Jadi, marilah sama-sama kita perbaharui azam kita dengan sebuah MATLAMAT yang sangat jelas. Jangan lupa susun STRATEGI untuk capai apa yang kita nak tu. Kalau tak hasilnya sama la dengan tahun-tahun lepas tu.. SIA-SIA namanya tu. Dan nampak sangat kita tak pernah berubah.. Apesal pulak? Yela, kalau kita dah berubah mestilah kita dapat apa yang kita nak. Betul tak? Sebab matlamat kita ni lah ...