Kembali ke Sekolah
Assalamualaikum.
Apa khabar ya semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Al-maklumlah hari ni kan hari pertama sekolah kenalah datang dengan penuh semangat di dada kan. Kalau semangat penuh di dada tapi tak sihat macam mana nak belajar? Gerenti tak boleh fokus. Rugi je. Sebab tu kena jaga kesihatan. Teringat satu hadis Rasulullah s.a.w :

"Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG." (Riwayat Bukhari)
Jadi kita sebagai seorang muslim mestilah peka dengan hadis ini dan mula lakukan perubahan. Sedar ataupun tidak dua perkara ini memang selalu kita abaikan. Cuba kita tenung balik. Apa yang selalu kita buat waktu kita sihat dan waktu kita ada masa lapang. Bersenam. Baca buku. Tengok tv. Tolong mak ayah. Ulang kaji. Menjalinkan silaturahim dengan FB-ing dan twittering. Travelling. Sertai PLKN. Dan banyak lagi aktiviti berfaedah dan tidak berfaedah yang kita lakukan.
Tapi. Sejauh mana aktiviti-aktiviti ini menambat hati Allah dengan keredaan-Nya? Sejauh mana aktiviti ini dapat mendekatkan kita pada-Nya? Sejauh mana aktiviti ini memberi kesan mendalam kepada kita? Senang aja. Jadikan aktiviti ini dengan NIAT ibadah kepada Allah. Dengan syarat aktiviti yang kita lakukan itu masih MENEPATI SYARIAT. Sambil buat aktiviti tu apa salahnya berzikir dalam hati mengingat Allah.. Tenang jua diri kita. Takdelah hidup asyik stress je. Buat tu tak kena. Buat ni tak kena. Lepas tu tak pasal-pasal orang lain kena marah.. Kesian dia.
Ingat! Jangan pernah beri kesempatan kepada jin dan syaitan bertapak di hati kita. Saat tu kita rasa sesangat lah tak best dalam jiwa. Rasa resah, gelisah, remuk redam, mula ingat benda yang ntah apa-apa. Senang cerita jiwa kacau lah.. Siapa lagi yang buat hati kita camtu kalau bukan musuh nombor satu kita tu..
Moga Allah lindungi kita daripada iblis dan syaitan. Amin.

Comments
Post a Comment