Sebulan Di PLKN...

Pejam celik pejam celik dah sebulan jugak aku kat PLKN Sri Ledang ni.. Hm, macam mana dengan hidup saya? macam hidup dekat asrama jugak lah. Bangun Pukul 4.30, basuh baju, mandi pastu siap sedia untuk pergi surau. Makan? ENAM  kali sekali!! Memang boleh gemuk la juga walaupun setiap hari ada aktiviti. Untuk makluman, aku masuk company Alpha. Alpha = Merah. Dan telah diberi amanah untuk menjaganya.. Berat la jugekk..

Sepanjang sebulan ni, aku dah habiskan modul Pembinaan Karakter, Modul Budaya Kerja dan PKRS.. Kelas multiskill ni memang BEST!! Tak dapat nak dinafikan.. Lagi-lagi dapat masuk kelas CB 4. Memang tak dapat nak kata apa lah. Kelas paling havoc, paling banyak main, paling syiok dan paling bagus sekali... hehe. Betul la kan? Nak bukti? Masa penutup Modul Pembinaan Karakter kelas kitorang menang sorak.. ha.. caya tak? Ape2 pun Trimas to cikgu ILA, cikgu AMIR, cikgu MARIAM..

Kelas Fizikal pulak,, kitorang dah belajar kawad, navigasi, jerat, pondok 1 hari, 1 minggu, 1 bulan dan pondok paya.. Dah main sikit kat elemen sukan kreativiti..banyak lagi lahh...
But...........  The real action will begin after CNY.....
-MENEMBAK
-TALI TINGGI
-PERTANDINGAN KAWAD
-KEMBARA HALANGAN
-WIRAJAYA
Memang dah tak sabar untuk ni semua..
Apa-apa pun untuk join semua aktiviti ni. Memerlukan kekuatan fizikal dan mental.........
Sebab tu bila kena tembak dengan jurulatih-jurulatih hati kena kuat walaupun telinga panas........

Tapi, satu benda yang sangat ku rindui...... Malangnya ia sangat jarang berlaku kebelakangan ini sebab nak habiskan ujian smart solat.. maka tika mereka habiskan ujian tersebut aku pon habiskan masa dengan tidur di dalam surau.....

Comments

Popular posts from this blog

Asas kehidupan

Kembali ke Sekolah

Sejuk hati~