Assalamualaikum warganet. Tiba-tiba aku terjumpa kembali blog lama ku. Kali terakhir posting ku adalah pada tahun 2013. Pasti warganet tak kisah apa jadi denganku kan? Yalah, siapalah aku? hanya salah seorang warganet daripada berjuta2 warganet lain. Tiber touching! By the way, apa khabar warganet semua? Harap nya sihat2 saja. Bila terjumpa dan baca entry2 blog ku ni, aku terfikir, apa agak nya warganet buat sekarang ya? Bagaimana warganet pada 2013 dulu? I can say i find my old self here, in my blog. Rasa tidak asing tetapi aku kadangkala rindu dengan aku yang dulu. My new me, i'm sure you are curious right? Haha I assure you i mature enough to take care of myself. Terima kasih warganet, sebab doa warganet untuk aku, aku dah jadi seorang doktor. ALhamdulillah juga berkat doa warganet, aku dapat belajar dekat Universiti Al-Azhar. Aku harap warganet dapat gapai cita-cita jugak. Jangan berhenti doakan kebaikan untuk aku ya. Paling penting sekarang, mohon warganet doakan aku da...
Assalamualaikum Bismillahirahmanirrahim Sedar atau tidak para ibu dan bapa. Anak mu sudah mencuba untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Sedarkah kamu? Apakah kamu pernah memahami dia. Yang sebenar nya dia juga cepat melenting seperti mu. Tapi kenapa kau tidak boleh bersabar. Apakah kau tidak mengerti darah muda yang cepat membara. Ibu ayah kami selalu berdoa agar kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu ayah kami selalu pergi mengaji menuntut ilmu supaya kami dapat menjadi anak yang soleh dan solehah. Kami buat begini kerana kami berazam menjadi anak yang soleh dan solehah. Kerna hanya doa anak soleh dan solehah yang dapat sampai padamu di dalam kubur nanti. Kerna hanya ini yang kami dapat lakukan untuk membalas jasamu yang telah berkorban menjaga dan mendidik kami dari kecil. اللهم اغفرلنا ذنوبنا و لولدينا ...
Bismillahirahmanirrahim.. Andai Allah matlamat kita mengapa harus berpecah? Berlainan parti politik? Tak apa kita cari persamaan lain.. Banyak lagi persamaan yang boleh kita cari. Yang penting kita cari jalan untuk menyelesaikan masalah umat. Berlainan pendapat? Tak apa.. Berilah segala pendapat mu. Aku terima. Kerana pendapat tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Yang penting kita dapat kongsi ilmu kerana Allah.
Comments
Post a Comment