Posts

Showing posts from May, 2013

Kehilangan..

Image
Assalamualaikum.. Entry blog kali ni agak sedih sebab aku baru je kehilagan seorang rakan sekelas buat selama-lamanya. Aku tak ingat bila kali terakhir aku jumpa dia. Memang dah lama sangat tak jumpa memandangkan kami pon dah berbeza sekolah bila masuk ke tingkatan 4. Tak ada rezeki rasanya nak berjumpa. Mungkin satu hari nanti di tempat yang lebih indah. InsyaAllah kawan. Bila dah tau dia dah pergi selama-lamanya, terputar kembali kenangan2 semasa kami sekelas. He's a great friend. Cool je. Walaupun macam suka buli Aiman. Tapi kadang-kadang dia back up jugak tau! Tetiba rindu dia sangat2. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama para solihin. Al-Fatihah....

Refleksi 1

Image
Assalamualaikum............ Nak gosip pasal diri sendiri jap.. Bole tak? Kalo tak bole pon apa aku kisah? haha Nak baca, baca. Tak nak sudah! Ok macam ni. Aku rasa aku sangat sambil lewa. Bukan je dalam pelajaran atau apapun. The point is aku juga sambil lewa dengan hidup aku. Sebab tu benda jadi tak seperti yang dirancang. Saya tidak teliti langsung. Apa yang saya saya dapat dalam survey mengenang kisah silam saya ialah saya perlu mengambil berat terhadap kata-kata orang lain. Means, take it and remember it. Bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Benda ni penting tau, sebab bila kita ambik berat tentang cakap seseorang, barulah dia tahu yang dia dihargai. Dia disayangi . So, i need to be more concerned about people. Bila kita ambil tahu pasal perasaan dia mesti kita tak akn menyakiti hati dia, InsyaAllah.  Saya mengaku tu kelemahan saya, InsyaAllah saya akan perbaiki.. 'ala kulli hal doakan yang terbaik untuk saya. thanks kawan! ^^

10 Mei 2013

Assalamualaikum kawan2.. sekarang jam dah menunjukkan pukul 4.01 a.m. Dah lama aku tak buat kerja tidur lewat2 macam ni. So, nak cerita sikit apa yang aku buat selama lebih kurang 7 jam aku online ni. (Seriously 7 jam? baru aku perasan) Pertama-tama aku online Facebook aku. Check and reply mesej2 daripada teman.. Dan lain2. Kemudian, aku buka pulak twitter kesayangan aku tuh. Tak ada apa2 pun.Tapi, tetiba ada sesuatu yang menarik perhatian ku.. Kawan2 aku sedang bergosip tentang drama Broken Vow. Tak tahu drama apa? alaa. Yang kat tv3 tu.. pukul 3 petang lepas sinetron Aliya.. Tahu kan? Maka saya pon joinlah sekaki dengan cik Melly dan cik Hazifah cite pasal drama tu.. Hot kot perbincangan kami.. Sebab cerita tu...emm.. susah nak cakap. sakit hati la juga tengok. Selepas je aku update status tentang lagu 1 Malaysia (lagu kita satu bangsa kita satu Malaysia kita satu matlamat oooo) tahu kan? Mustahil tak tahu. Tak kiralah anda pro kerajaan atau pembangkang kalau dah dok Malaysia ...