10 Mei 2013

Assalamualaikum kawan2..
sekarang jam dah menunjukkan pukul 4.01 a.m.
Dah lama aku tak buat kerja tidur lewat2 macam ni.
So, nak cerita sikit apa yang aku buat selama lebih kurang 7 jam aku online ni. (Seriously 7 jam? baru aku perasan)

Pertama-tama aku online Facebook aku. Check and reply mesej2 daripada teman.. Dan lain2.
Kemudian, aku buka pulak twitter kesayangan aku tuh. Tak ada apa2 pun.Tapi, tetiba ada sesuatu yang menarik perhatian ku.. Kawan2 aku sedang bergosip tentang drama Broken Vow. Tak tahu drama apa? alaa. Yang kat tv3 tu.. pukul 3 petang lepas sinetron Aliya.. Tahu kan? Maka saya pon joinlah sekaki dengan cik Melly dan cik Hazifah cite pasal drama tu.. Hot kot perbincangan kami.. Sebab cerita tu...emm.. susah nak cakap. sakit hati la juga tengok.
Selepas je aku update status tentang lagu 1 Malaysia (lagu kita satu bangsa kita satu Malaysia kita satu matlamat oooo) tahu kan? Mustahil tak tahu. Tak kiralah anda pro kerajaan atau pembangkang kalau dah dok Malaysia mesti tahu punya.. Jadi, selepas pada itu, ramai pula yang ambil berat. Mereka kata aku kurang sihat. Pelik!! Bukannya apa, sejak dua menjak tiga menjak lepas PRU 13 ni, macam2 berita dengar, jadi saya sebagai rakyat Malaysia terasa dengan keadaan semasa. Kerana aku takut kami berpecah kerana politik. Nonsense i think!
Lepas tu tak semena-mena rakan baikku cik Cahaya Kejora pulak tuju lagu.. Bukan sebarang lagu. Lagu IM4U dan lagu PLKN kata ko! Almaklumlah, kami ni bekas penuntut PLKN. Semangatnya tu lain macam sikit. hehe.
Kemudian kepopularanku semakin meningkat apabila Encik Syuaib memohon lagu twinkle2 little star. (twinkle2 little star je pon. itu pon tak reti nyanyi.. aish2) . Then, Encik Faris pula minta lagu Sayangi Selangor. Emm.. sayang betol dia! After that, Cik Dila pula.. Saya tuju lagu Runaway dekat dia. Mengingatkan memori indah kami bermain netball sama2.. (imissthatmoment!) Lastly, ku tunaikan lagu cik Ithry.. Lagu ya thoyban! Lagu paling islamik skali. Dan lagu inilah yang pernah kami dengar kat Dewan Makan SMAP Kajang.. Rindu katanya..

Selepas itu saya ni punya rajin pergi buka myspace yang dah lama berdebu tu. ecee.. Tetiba teringat zaman dolu2. Masa muda2 dulu. Kat situlah aku kenal ramai orang. Tak kenal pon pada mulanya. Man suka hati add je. Alhamdulillah ada juga perhubungan kami tidak terputus dan menyambungnya kembali di Facebook.. Cik Syafa, anda pasti tahu siapa.. haha
Tangan makin gatal mencari macam2. Takdir Allah aku menemukan blog sahabat lama yang telah pon berkahwin sekarang. A little bit shock actually. Sebab bini dia bukan sebaya dia. bukan jua tua daripada dia. Ya, muda daripada dia. Dan muda daripada aku lagi. Dia SIXTEEN! Untungnya kawin muda2. Rasa jeles pulak. Tetiba rasa dia lebih matang daripada aku. Boleh panggil kakak tak? huhu

Maaflah membebel terlalu panjang pagi ni.. Tetiba je terasa nak menulis. Minda rasa lapang malam ni. Alhamdulillah!

"Anda akan rasa kehidupan anda sangat seronok bila anda menikmatinya. So, just enjoy your life"

Comments

Popular posts from this blog

Asas kehidupan

Kembali ke Sekolah

Sejuk hati~